Saturday, July 25, 2009

: time

time, we lose it every second


I know that I, I can't believe
Just what the past has brought me
To the man I wanna be
I know that we have had some times
That we can't forget the struggle
Cause we have so far to go

I know we've changed but
Change can be so good
So let's not forget why
It's understood that

Time, look where we are and what we've been through
Time, sharing our dreams
Time, goes on and on everyday, baby
Time is what it is
Come what may

I remember when, mom used to say
That things are getting better
And you'll soon be on your way
Remember those days
When we would sing at the drop of a dime
Way back when nothing mattered

I know we've changed, but
Change can be so good
Oh so let's not forget why it's understood that

Time, look where we are and what we've been through
Time, sharing our dreams
Time, goes on and on everyday
Time is what it is
Come what may

So here we are
And we'll always stay together
And through it all you know we owe it all to you, you, you , you
Time goes on and on

Time, look where we are and what we've been through
Time, sharing our dreams
Time, goes on and on everyday
Time is what it is

Time, look where we are and what we've been through
Time, sharing our dreams
Time, goes on and on everyday
Time is what it is, Come what may

Time, goes on and on everyday
Time is what it is
Come what may
Come what may


Song: Time
Artist: Backstreet Boys

Monday, July 20, 2009

: demi

ya Allah...

Tuesday, July 14, 2009

: stress and die

let me rest in peace.


read article:

1) Stress is the Number One Killer Today!

2) Stress is the number one killer

3) Stress is a Killer - The Psychological and Physical Effects of Stress on The Body

4) more? try google.. XD


ijo desu!

Sunday, July 12, 2009

: bantuan kebajikankah. di mana sistem?

pagi semalam, 11 July 2009 aku menemankan emakku untuk mengambil duit bantuan kebajikan dari badan politik DUN kawasan rumah aku. oh, Abang Duan aku golongan O.K.U. yeap, dia sangat special. sungguh pun sekadar cacat pendengaran, namun dia tetap terbaik. dia mampu melajutkan pelajaran nya di Politeknik Shah Alam, bekerja, memiliki sebuah kereta dan insyaAllah, dia bakal berkahwin dengan Kak Farah pada tahun depan... :]

namun, tadi dia tidak dapat hadir kerana pergi kursus kahwin. emakku menjadi wakil. acara bermula jam 9.00 pagi. sampai aja kami di sana. phew... ramai gila orang. especially orang-orang tua. overall aku komen, program ini hancus. sakit jiwa menunggu di situ.

kisah nya. mula-mula sampai, kami mencari tempat pendaftaran. puas aku pusing-pusing badan. namun, tiada papan tanda "pendaftaran/registration". laaa... rupa-rupa nya kaunter depan mata aku yang penuh dengan makanan dan bersesak-sesak dengan orang ramai. tak tahu lah mata aku silap atau pon memang tiada tanda. huhu. pendaftaran nya sekadar menghantar surat jumputan. oho.. then, mereka suruh duduk dan tunggu sehingga nama abangku dipanggil.

sekejap sahaja nama abangku dipanggil. okeh. kami terus ke kaunter berkenaan. cap ibu jari kiri emakku diperlukan. okeh. ouh, tisu tidak disediakan. ehhh.. habis hitam jari emakku. aku juga tiada membawa tisu. macam mana ini? terpaksalah emakku mengesat jarinya kat kertas di dalam handbagnya. orang itu suruh duduk lagi sehingga nama dipanggil untuk pemberian wang bantuan. tunggu punya tunggu... asal nya, aku duduk di sebelah emakku. tapi kerana aku sahaja orang muda yang duduk, maka aku ambil keputusan berdiri di luar khemah.

oh. lagi yang memening kan aku, panggilan nama. terdapat 3 orang memanggil nama untuk kaunter berbeza. tetapi, pembesar suara nya sama. aku perasan, selalu lah penerima-penerima yang nama nya dipanggil tersilap kaunter. pening. kejap seorang ni nak panggil, kejap seorang ni nak panggil. panggil sekadar untuk cop jari. aduh.. kemudian, tiba lah masanya untuk pemberian wang bantuan. ini lagi buat aku tensi. salah seorang pemanggil tadi menjadi pemanggil untuk sesi pemberian wang bantuan. namun, proses mengecop jari masih belum tamat. suasana menjadi semakin bingit apabila kaunter memanggil nama "diserang". hehe. apa yang aku boleh kata kan: HURU-HARA. bingit. sempat lagi aku dengar perbualan orang lain:

Makcik A: "tak paham aku sistem diorang."
Makcik B: "berterabur."
Makcik A: "masalahnya dah banyak kali buat."

yelah, ada orang dah dapat duit, namun berapa ramai lagi nama belum dipanggil. chuaks la mereka. hurm. kemudian, aku tunggu nama abang aku dipanggil. eehh.. lama pula nama dia hendak keluar. tadi, panggil untuk cop jari sekejap aja. macam mana mereka susun ini? isk isk isk. tidak faham aku dibuatnya. makin jiwa aku tensi dan aku fikir mahu pulang sahaja. lepas nama abang aku dipanggil, aku segera mendapat kan emakku untuk pulang. tidak tahan aku melihat suasana yang huru-hara-bingit itu.

namun, aku kesian melihat penerima-penerima tersebut. kesian mereka terpaksa berdepan dengan situasi begini semata-mata untuk wang bantuan ini. bagus lah jika mereka diberi bantuan. tidak kira lah oleh sesiapa pon. apa yang aku ingin kata kan, aku tidak menyalahkan mana-mana pihak. tetapi, setiap perkara itu memerlukan sistem. walaupun sebesar zarah. sistem yang dibuat mestilah teratur. jangan lah sekadar mahu memberi bantuan, asal bagi aja. segala nya kenalah berjalan lancar. yelah, dah banyak kali buat. masakan tiada pengajaran dari banyak kali buat itu. sesiapa sahaja, hendak bantu orang, cara kena lah betul. niat nya mestilah untuk membantu orang. objektif nya mestilah untuk membantu orang..

tidak sangka, ini yang harus abang aku lalui setiap bulan. harap lepas ini tiada lagi masalah ini.. sekian. ijo.


snap-snap dariku yang tidak pakar:









Saturday, July 11, 2009

: tercipta untukku


~ Mohd Azrul Edzwan bin Rezali ~

menatap indahnya senyuman diwajahmu
membuat ku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku

banyak kata
yang tak mampu kuungkapkan
kepada dirimu

aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
sepanjang hidupku

aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
kuslalu milikmu
yang mencintaimu
sepanjang hidupku

aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
kuslalu milikmu
yang mencintaimu





p/s: i love u.




Song: Tercipta Untukku
Artist: Ungu

Friday, July 10, 2009

: rutin buah-buahan

hurm. dah lama tidak tulis blog. tiada yang menarik. namun, hidup yang dihadapi tetap yang terbaik. dugaan dan cabaran yang muncul sekadar rempah ratus untuk menjadikan hidup ini lebih enak. seperti memasak, sekadar meletakkan gula tidak cukup. apabila ditambah garam, barulah lebih sedap.

begitu lah mukadimah hidup. hehe.

hampir 2 bulan aku menamatkan pelajaran dengan jayanya. Alhamdulillah. namun, apa yang dirancang tidak berjalan dengan hendaknya. aku tidak dapat melanjutkan pelajaran (master) atas sebab peribadi. tawaran sudah ada, namun untuk meneruskan perjuangan, tidak mampu apabila sesuatu datang dalam keadaan terkejut.

kini, aku tinggal di rumah. tanam anggur. tak tau bila nak berbuah, bila nak masak. apa yang boleh dikata, skill menjadi surirumah tangga sedang digilap dengan jaya nya. tak sangka, penat sangat jadi surirumah tangga sepenuh masa. ini baru sekadar menolong emak, belum kahwin lagi. huhuhu.

tapi, rutin yang paling menyeronokkan adalah; mengajar anak-anak buah. aku jadi cikgu tuisyen kepada mereka. tidak berbayar. sekadar suka-suka. mungkin kerana mengajar merupakan intipati hidup aku. ouh. satu rahsia: sungguhpun aku ingin menjadi lecturer, namun cita-cita sebenar aku ialah menjadi cikgu tadika. hehe.

anak buah aku 1) Adriana Safiah, 6 tahun. 2) Syafiq Haziq, 5 tahun. biasanya, mereka pulang dari tadika dalam jam 12 tengahari. Adriana akan pulang ke rumah mama nya. Haziq akan pulang ke rumah emakku, kerana mama nya bekerja. aku akan mandi kan dia (dan Adriana jika mama nya tiada di rumah). kemudian, masa makan. dan tuisyen kan mereka.

mereka yang spastik ;p









Adriana, seorang yang bijak. baru 6 tahun sudah pandai membaca, menulis bukan setakat bahasa melayu, tetapi juga bahasa inggeris. malah, dia tuisyen dengan aku mengikut silibus darjah satu. Haziq pula, bijak tapi pemalas. kadang-kadang aku tensi dibuat nya. apabila tuisyen, dia perlukan perhatian penuh. malah, kena umpan dia baru mahu belajar. sifat nya sungguhhhh malas. namun, periksa dapat nombor dua. terkejut aku dibuat nya. huhu.

sekarang, aku masih mampu melayan karenah mereka. adik kepada Adriana, Amalia Syahmina masih berumur 3 tahun. bagaimana kalau dia juga sudah bersekolah. apabila digabungkan mereka bertiga, rumah emakku boleh jadi kapal pecah. adoi. pening kepala.. tapi, aku suka rutin aku ini. hehe.. :)


sangat sayang mereka. ijo.

from left: Syafiq Haziq, Amalia Syahmina, Adriana Safiah

Thursday, July 9, 2009

: tadaima

i'm not keeping my blog from anyone. cume, mahu rest kejap. put the blog on hiatus. nothing much to say about my life and experience. hehe.

well, tadaima (i'm back). perhaps.. ;D