hurm. dah lama tidak tulis blog. tiada yang menarik. namun, hidup yang dihadapi tetap yang terbaik. dugaan dan cabaran yang muncul sekadar rempah ratus untuk menjadikan hidup ini lebih enak. seperti memasak, sekadar meletakkan gula tidak cukup. apabila ditambah garam, barulah lebih sedap.
begitu lah mukadimah hidup. hehe.
hampir 2 bulan aku menamatkan pelajaran dengan jayanya. Alhamdulillah. namun, apa yang dirancang tidak berjalan dengan hendaknya. aku tidak dapat melanjutkan pelajaran (master) atas sebab peribadi. tawaran sudah ada, namun untuk meneruskan perjuangan, tidak mampu apabila sesuatu datang dalam keadaan terkejut.
kini, aku tinggal di rumah. tanam anggur. tak tau bila nak berbuah, bila nak masak. apa yang boleh dikata, skill menjadi surirumah tangga sedang digilap dengan jaya nya. tak sangka, penat sangat jadi surirumah tangga sepenuh masa. ini baru sekadar menolong emak, belum kahwin lagi. huhuhu.
tapi, rutin yang paling menyeronokkan adalah; mengajar anak-anak buah. aku jadi cikgu tuisyen kepada mereka. tidak berbayar. sekadar suka-suka. mungkin kerana mengajar merupakan intipati hidup aku. ouh. satu rahsia: sungguhpun aku ingin menjadi lecturer, namun cita-cita sebenar aku ialah menjadi cikgu tadika. hehe.
anak buah aku 1) Adriana Safiah, 6 tahun. 2) Syafiq Haziq, 5 tahun. biasanya, mereka pulang dari tadika dalam jam 12 tengahari. Adriana akan pulang ke rumah mama nya. Haziq akan pulang ke rumah emakku, kerana mama nya bekerja. aku akan mandi kan dia (dan Adriana jika mama nya tiada di rumah). kemudian, masa makan. dan tuisyen kan mereka.




Adriana, seorang yang bijak. baru 6 tahun sudah pandai membaca, menulis bukan setakat bahasa melayu, tetapi juga bahasa inggeris. malah, dia tuisyen dengan aku mengikut silibus darjah satu. Haziq pula, bijak tapi pemalas. kadang-kadang aku tensi dibuat nya. apabila tuisyen, dia perlukan perhatian penuh. malah, kena umpan dia baru mahu belajar. sifat nya sungguhhhh malas. namun, periksa dapat nombor dua. terkejut aku dibuat nya. huhu.
sekarang, aku masih mampu melayan karenah mereka. adik kepada Adriana, Amalia Syahmina masih berumur 3 tahun. bagaimana kalau dia juga sudah bersekolah. apabila digabungkan mereka bertiga, rumah emakku boleh jadi kapal pecah. adoi. pening kepala.. tapi, aku suka rutin aku ini. hehe.. :)
sangat sayang mereka. ijo.
from left: Syafiq Haziq, Amalia Syahmina, Adriana Safiah
0 kata-kata:
Post a Comment